Tips Pilih Pelamin Sanding Yang Bakal Pengantin Patut Tahu!

Kahwin kahwin! Kahwin yang penuh dengan adat istiadat dan penuh gemilang memang nampak cantik tapi rangka kerja yang diperlukan sangat menyesakkan. 

Selepas majlis nikah, acara yang paling ditunggu-tunggu tetamu dan keluarga ialah melihat pasangan mempelai bersanding diatas pelamin nan indah tapi indah ke? Sudah banyak kali penulis lihat ramai bakal pengantin mengambil salah tema dan ketidaksesuaian konsep pelamin dengan busana. Pelamin dengan baju dah macam ‘tak kawan’. 

Tak perlu ulas panjang, ini tips yang perlu anda terapkan dalam memilih pelamin dan busana perkahwinan. 

#1 Konsep atau Tema

Pastikan baju dan pelamin anda sedondon. Kalau anda pakai busana dari songket, minta bridal anda untuk sediakan pilihan pelamin bentuk tradisional. Pelamin yang penuh dengan bunga-bungaan dan warna putih sesuai untuk perkahwinan bertemakan english style. Jika anda mahu pelamin bunga-bunga, pilih busana dari renda atau jenis balerina.

Image result for pelamin mewah



#2 Jangan Banyak Sangat Warna

Tradisional biasanya lebih sesuai dengan warna tegap atau keras seperti hijau zamrud, royal biru atau kuning emas berbanding english style yang kepada warna pastel lembut. Mainan warna pada pelamin juga penting, biarlah kena dengan baju anda dan ingin penulis tegaskan cukuplah dengan dua warna sahaja! Tak perlu rasanya pelamin anda umpama Taman Bunga Bukit Cerakah, Shah Alam.

Image result for pelamin tema

#3 Kena Ada Karpet Ni

Anda boleh tahu bridal tersebut hebat atau tidak dengan pilihan shaggy carpet atau karpet bulu. Pilihlah yang menyediakan shaggy carpet yang tebal dan tampak eksklusif kerana ia merupakan senjata senyap untuk kesan gambar persandingan anda. Pelamin tanpa shaggy carpet tersangatlah tak into 2018. 

Image result for karpet pelamin

#4 Saiz Kerusi

Penulis benar-benar tidak faham dengan pengantin yang masih memilih rekaan kerusi seperti zaman ‘3 Abdul’. Tinggi memanjang dan bersaiz besar sehingga menganggu ruang pelamin. Cukuplah dengan kerusi bersaiz lebar atau trend sekarang kerusi tanpa bahagian sandar. Lihat contoh dibawah:


Image result for kerusi pelamin







Image result for kerusi pelamin

4 tips ringkas atas ini hanyalah pendapat penulis untuk anda achieve tema atau konsep di hari persandingan nanti. Minat, suka, citarasa kita semua berbeza-beza, terpulanglah kepada anda untuk ikut atau tidak dengan idea dari penulis. 

PAMERAN RAJA SEHARI PONTIAN 2019


kepada yg mencari perancang perkahwinan, pengusaha butik pengantin, catering, tukang ukir inai pengantin, jurugambar, canopi, kad kahwin, pengusaha barang solekan, travel agency, pengusaha spa dll anda dijemput utk turut serta dalam pameran pengantin pontian 2019.



macam-macam aktiviti ada wei…..

PAMERAN RAJA SEHARI PONTIAN 2019

Mana orang Pontian johor iang belum berkahwin boleh servey pakej dengan pameran pengantin sehari pontian 2019. kepada yg mencari perancang perkahwinan, pengusaha butik pengantin, catering, tukang ukir inai pengantin, jurugambar, canopi, kad kahwin, pengusaha barang solekan, travel agency, pengusaha spa dll anda dijemput utk turut serta dalam pameran pengantin pontian 2019. Yang dah lepas boleh juga rasa naik pelamin lagi sekali.. Hihihi datang je ke PLAZA PONTIAN di aras satu, Kita ada PAMERAN RAJA SEHARI PONTIAN yang berlangsung pada 4 JAN – 3 FEB 2019. SEBULAN oiii… Terus je ke pentas utama dan anda boleh selfie, wefie di pelamin CS WEDDING. Free Free je tau.. Dan jangan lupa like page vendor-vendor kat sna dan share pic korang di fb ok…

PAMERAN RAJA SEHARI PONTIAN 2019
ARAS 1, PLAZA PONTIAN JOHOR
4 JAN ~ 3 FEB 2019

💞💞❤ SATUKAN CINTA DISINI ❤💞💞

Tahukah Anda : Tanggungjawab Suami dan Isteri


Perkahwinan merupakan permulaan kepada berbagai-bagai tanggungjawab tambahan.

Image result for gambar kahwin

Sebelum anda dan pasangan diijabkabul, anda terlebih dahulu dinasihatkan untuk memahami secara terperinci mengenai tanggungjawab yang bakal anda dan pasangan pikul di dalam sesebuah institusi perkahwinan. Oleh itu, kami pihak Ikahwin akan memudahkan pemahaman dan pencarian anda untuk mengetahui tanggungjawab yang bakal dipikul oleh suami dan juga para isteri. Jom

Image result for gambar nikah

Suami adalah ketua keluarga. Antara tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami terhadap isterinya adalah:

1. Wajib memberi nafkah kepada isteri

2. Membayar mas kahwin

3. Melayan isteri dengan penuh kasih mesra dan sayang

4. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri

5. Memberi layanan yang baik samada dari segi tingkah laku dan perbuatan.

6. Memenuhi nafkah zahir dan batin

7. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri

8. Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligamiIsteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang isteri. Antaranya ialah:

1. Mentaati dan menjaga maruah suami

2. Memenuhi kehendak suami pada bila-bila masa jika ingin menyetubuhinya selagi dibenarkan oleh syara’.

3. Menjaga maruah diri sewaktu di hadapan suami ataupun semasa ketiadaan suami

4. Membelanjakan harta suami dengan jalan yang baik

5. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami

6. Tidak menceritakan kelemahan suami kepada umum

7. Menghormati dan memberi taat setia kepada suami sebagai ketua keluarga.

Suami dan isteri juga mempunyai tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan. Antaranya ialah:

1. Memberi didikan yang terbaik kepada anak-anak

2. Bertindak sebagai tempat bergantung anak-anak

3. Saling menjaga kerukunan rumah tangga dan mengekalkan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.

Itu antara serba sedikit tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami dan isteri sepanjang melangsungkan hidup bersama. Apa yang penting ialah wujudnya sifat kasih sayang dan bertolak ansur serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh istiqamah dan berterusan. InsyaAllah, keluarga yang dibina akan bahagia dan segala masalah dapat ditangani dengan tenang dan penuh berhikmah.

Kami dari pihak Ikahwin berharap dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda memahami tanggungjawab yang bakal digalas apabila bergelar suami dan juga isteri. Semoga perkahwinan yang dibina mendapat keredhaan dariNya. Amin..

(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

Kenali tips-tips menarik yang perlu anda lakukan pada hari menjelang perkahwinan anda.

Selepas bertungkus lumus selama 12 bulan merancang majlis yang paling sempurna,pasti anda ingin semuanya berjalan lancar pada hari tersebut. Di sini ada 25 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Memastikan Anda Jalani Majlis Dengan Happy.

1. Pastikan anda dapat tidur yang secukupnya.

Anda perlukan tenaga yang secukupnya untuk bertahan sepanjang majlis. Jadi tidur awal supaya tidak terbabas dan lemah lesu keesokkan harinya.

Image result for sleep picture

2. Bangun awal solat subuh.

Bangunlah awal solat subuh, mulakan hari penting ini dengan restu-NYA. Doa pada-NYA untuk permudahkan segala urusan majlis.

Image result for solat picture

3. Jangan lupa makan sarapan pagi.

Ramai pengantin yang ambil mudah perkara penting ini, sibuk mengendali itu ini hingga tidak makan sarapan.

4. Bersiap sedia awal supaya tidak kelang kabut.

Jangan tunggu hingga saat akhir untuk bersiap-sedia. Pastikan makeup artis sampai ke lokasi tepat pada waktu.

Double check baju pengantin anda jika ada kehilangan butang, benang terlerai dll.

5. Pengantin lelaki, pastikan cincin nikah ada bersama anda.

Jangan nanti waktu nak sarungkan cincin kalut mencari cincin di setiap pocket. Jadi lantik seorang bestman untuk bantu ingatkan anda perkara-perkara sebegini.

Image result for ring wedding

6. Ketika makeup, pakai T-Shirt

Ketika memakai makeup, pakai T-Shirt supaya baju pengantin anda tidak comot terkene bahan-bahan makeup. Akan tetapi jangan lah memakai T-Shirt lusuh yang buruk, kerana photographer akan mengambil proses memakai makeup. 

Tidak manis lah jika kelihatan T-Shirt tidur yang berlobang dan lusuh. Untuk lebih selamat, minta photographer datang shoot pada saat akhir makeup, apa bila anda telah salin ke baju pengantin.

7. Tulis nota pendek dan sweet, minta rakan anda pas kan pada pasangan anda.

Perkara ini tidak wajib, tapi pasti anda akan tersenyum manis jika terima surat yang amat sweet dari bakal suami/isteri pada pagi hari nikah.

8. Adakan meeting sesame dulang boys.

Kenapa adakan meeting hanya untuk dulang boys? Mesyuarat pendek ini hanya untuk bincangkan mengenai disiplin diri masing-masing. Pastikan jangan hadir lambat dan buat perkara-perkara nakal “prank” ke pasangan pengantin.

Image result for dulang boys

9. Selesakan kasut baru

Jika anda menempah kasut baru, pastikan anda pakai kasut itu seminggu sebelum majlis. Ini untuk mengelakkan kaki anda melecet dari memakainya pada hari majlis. Semua wanita pasti setuju, kaki melecet bukan lah satu perkara yang best.

10. Jangan sembur minyak wangi berlebihan.

Jangan lupa pakai minyak wangi, tetapi jangan lah juga sembur terlalu banyak hingga sakit hidung mereka yang lalu. Minta bridesmaid anda untuk pegangkan botal minyak wangi supaya jika baunya hamper pudar boleh sembur kembali.

11. Bridesmaids sila pastikan semua berjalan lancar.

Bridesmaids, inilah tugas anda. Dari ramai-ramai rakan pengantin, anda adalah golongan terpilih untuk memastikan majlis rakan karib anda berjalan dengan lancar. Jadi, jangan hampakan puteri sehari itu.

Image result for dulang girls

12. Jangan lupa bawa bersama Survival Kit anda.

Dalam blog post lepas, kami ada kongsikan senarai barang yang perlu ada dalam Survival Kit. Jangan lupa Survival Kit yang amat penting dan berguna itu.

13. Ambil selfie

Ambil beberapa keeping selfie sebagai kenangan, bukan hari-hari anda dapat dress up seperti tuan puteri.

14. Letak phone jauh-jauh

Selain dari mengambil selfie, jauhkan diri dari telefon. Lantik salah seorang bridesmaid untuk menjawab calls. 

Kerana pasti ramai yang akan menelefon untuk bertanya jalan dan sebagainya. Anda hanya focus, bersiap-sedia untuk berkahwin!

15. Hilangkan cuak anda.

Siapa tak nervous, dalam masa beberapa jam lagi anda perlu lafazkan akad depan khalayak ramai dan akan melangkah masuk alam perkahwinan. Bridesmaid dan groomsmen, jalankan tugas anda untuk tenangkan pasangan raja sehari ini.

16. Berhenti, tarik nafas panjang.

Sebelum berarak ke pelamin atau lokasi akad nikah. Berhenti seketika, tarik nafas panjang dan lihat sekeliling. Hayati penat lelah anda merancang majlis paling bermakna ini.

17. Rasa makanan yang dihidang

Curi masa untuk menikmati masakan yang dihidang di meja makan beradap.

18. Mintak bridesmaid bawakan makanan semasa anda bersiap.

Pada hari tersebut, 5 minit pun pasti anda tidak ada untuk menghayati makanan majlis. Jangan biar perut anda kosong, minta tolong bridesmaid dan groomsmen bungkuskan makanan dan bawa ke bilik bersiap.

19. Tegur semua tetamu dengan senyuman walau penat mana pun.

Pasti semua saudara-mara, rakan zaman sekolah rendah akan hadir pada majlis anda. Walau penat macam mana pun, tegurlah mereka dengan senyuman. Setiap tetamu yang hadir membawa doa kebahagiaan rumahtangga yang bakal anda bina.

Image result for pengantin perempuan

20. Pastikan semua gambar penting telah diambil oleh photographer anda.

Seperti yang telah disenarikan di blog lepas, pastikan semua pose gambar yang penting dirakam oleh photographer. Pada yang memuat naik gambar di Instagram, maklumkan pada mereka untuk #hashtag supaya senang untuk anda cari gambar-gambar majlis itu nanti.

Image result for wedding photographer melayu

21. Jangan lupa bawak kasut spare yang selesa.

Semua wanita ingin kelihatan paling cantik pada hari majlis. Tapi bak kata pepatah inggeris “Beauty is Pain”. Pasti separuh jalan majlis, kaki anda akan sakit dari memakai heels tersebut. Jadi bawalah flat shoe yang selesa dan matching dengan baju pengantin untuk disalin nanti.

22. Lantik seseorang yang boleh selamatkan anda dari tetamu yang becok.

Di setiap majlis, pasti akan ada tetamu yang telah lama tidak ketemu dan ingin “catch-up”. Bukan salah, tapi ini bukan masa yang sesuai. Ramai tetamu lain yang perlu anda tegur dan mengucap terima kasih. Jadi, lantik seorang bridesmaid untuk datang selamatkan anda dari berdiri berjam-jam berborak dengan seorang tetamu tersebut.

23. Luang masa dengan ibu baba dan ibu bapa mertua.

Ingat, berkahwin bermaksud anda akan memulakan keluarga anda sendiri. Ibu bapa yang menjaga kita selama ini pasti berat hati untuk melepaskan anak mereka. Luangkan sedikit masa bersama mereka, ucapkan terima kasih dan buat mereka rasa walaupun dengan kehidupan baru, mereka tetap diutamakan.

24. Jangan smash kek kahwin. Jangan.

Haish… Tepuk dahi admin bila pergi ke majlis yang ada smash kek. Dik, majlis ni untuk menunjukkan kita dah matang dan bersedia untuk berdikari. Lagipun, aksi ini amat messy. Jika boleh elakkan ye.

25. Berikan senarai lagi yang anda telah pilih kepada DJ majlis

Akhir sekali, jangan lupa buat senarai lagu yang ingin anda mainkan pada majlis tersebut. DJ tidak kenal pasangan pengantin, jadi mereka akan memainkan apa-apa sahaja muzik yang berkaitan dengan kahwin. Dan selalunya muzik-muzik itu dan berapa best. Anda kenal pasangan anda, buat senarai lagu-lagu yang memberi makna dan memori pada anda berdua. Lagi elok, paskan senarai ini 2-3 hari sebelum majlis supaya DJ boleh bersiap-sedia.

Selamat Pengantin Baru! Moga Majlis Anda Berjalan Dengan Lancar.

“Pameran Kahwin Johor 2019”

Image may contain: 1 person, text

Orang kata ‘gagal merancang, merancang untuk gagal’. Sempena ‘Pameran Kahwin Johor 2019’ yang akan datang ni, mari sama sama merancang pelamin angan korang supaya tidak hanya tinggal menjadi ‘pelamin anganku musnah’. Selamat merancang semua!

Jom memeriahkan “Pameran Kahwin Johor 2019” dengan bertemakan “The Moroccan Wedding Style” bertempat di Angsana Johor Bahru Mall bermula pada 11 Januari hingga 20 Januari 2019 (Promosi selama 10 hari sahaja) dengan harga pakej mampu milik untuk bakal pengantin dari pakej sederhana hingga pakej eksklusif

Pelbagai aktiviti menarik buat anda seperti ‘Bridal Marathon Fashion Show’ dengan koleksi Moroccan Wedding, Pertandingan Mengikat Samping, Pertandingan Si Cilik “Little Miss & Mr Bollywood”, Pertandingan Solekan Pengantin Cantik Moroccan, Fashion Showcase dari andaman dan juga persembahan ‘BOOM-BOOM BY JOHOR ALLSTARZ’

🗓 11 Januari 2019 – 20 Januari 2019
📍 Angsana Johor Bahru Mall, Jalan Tampoi, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru
☎️ 012- 703 3455 / 07 – 238 6879
⏰ 10.00 Pagi – 10.00 Malam

9 Tips Kurangkan Bajet Majlis Perkahwinan

Tips #1 – Tetapkan perbelanjaan yang penting dahulu

Cuba lihat balik gambar peratus pecahan purata bajet majlis perkahwinan yang dikongsikan di atas.

Daripada bajet purata RM 50,000 yang dinyatakan, jom kita lihat nilai bagi setiap pecahan:

Image result for budget planning pic
  • Resepsi (majlis kenduri, lokasi majlis, kek) = 42% (RM 21,000)
  • Fotografi & videografi = 13% (RM 6,500)
  • Pelamin, bunga & dekorasi = 10% (RM 5,000)
  • Baju pengantin, aksesori, solekan = 10% (RM 5,000)
  • Hiburan (DJ, lagu, PA sistem) = 6% (RM 3,000)
  • Majlis akad nikah  = 6% (RM 3,000)
  • Jemputan (kad jemputan kahwin, setem, bunting, banner) = 3% (RM 1,500)
  • Perbelanjaan-perbelanjaan lain (goodies, door gift, barang hantaran) = 10% (RM 5,000)

Kalau berkemampuan, memang tidak menjadi masalah untuk menampung semua perbelanjaan kahwin di atas.

Tetapi, jika tak mampu, sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan untuk memotong dan mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan di atas.

Sebagai contoh:

  • Pilih lokasi majlis yang tidak memerlukan kos tinggi. Dewan serbaguna dan rumah sendiri (jika ada ruang luas) adalah pilihan lebih murah berbanding hotel dan restoran mewah.
  • Hadkan bilangan menu makanan kenduri. Yang penting adalah menu utama iaitu nasi, lauk pauk dan air minuman. Menu-menu tambahan lain seperti burger, murtabak, cendol, roti john, kambing bakar; pilih jika berkemampuan sahaja.
  • Pilih pakej fotografi dan videografi yang asas pun sudah memadai. Tak perlu nak pilih pakej advance yang complete 3 hari 3 malam, nanti macam nak buat filem pula.
  • Pelamin juga boleh pilih pakej yang simple. Saya dulu pun pilih pakej mini pelamin bertunang untuk majlis perkahwinan, memang lebih jimat. Untuk hiasan bunga dan dekorasi pula, sewa sekali dengan pakej pelamin. Lebih jimat berbanding beli.
  • Untuk baju pengantin, menyewa dengan butik pengantin adalah lebih murah berbanding menempah khas. Kalau nak tempah juga, pastikan baju pengantin tersebut boleh digunakan juga pada waktu dan majlis lain, bukan sekadar pada hari majlis perkahwinan sahaja.
  • DJ dan PA sistem jika tidak ada pun tidak mengapa. Boleh sahaja pasang lagu dan muzik daripada komputer atau pun laptop. Bukan semua tetamu suka muzik yang kuat dan bingit.
  • Pilih barang hantaran kahwin yang berpatutan dan praktikal. Menghadiahkan set perfume mahal kepada orang yang memang tak suka pakai perfume adalah satu pembaziran. Last-last, dibiarkan sahaja nanti sampai hilang wanginya.
  • Kad jemputan kahwin, kalau boleh buat satu untuk kedua-dua belah majlis pihak lelaki dan perempuan. Lebih jimat berbanding buat berasingan sebab kuantiti lebih banyak.

Dan banyak lagi yang boleh dilakukan untuk kurangkan bajet, cuma perlu ikut kemampuan, kehendak dan kreativiti sendiri.

Jadi, sekarang sepatutnya anda dah senarai pendekkan perbelanjaan-perbelanjaan penting untuk majlis perkahwinan nanti.

Kalau boleh, letakkan sekali anggaran kos yang mampu bagi setiap perkara tersebut, kemudian kira jumlah keseluruhan kos.

Kalau rasa mampu dengan jumlah kos tersebut, boleh teruskan.

Kalau rasa tak mampu, cuba ubah lagi sehingga dalam lingkungan kemampuan.

Tips #2 – Berbincang dengan bakal pasangan

Kalau ada ruang dan peluang, berbincanglah dengan bakal pasangan tentang bajet majlis perkahwinan.

Image result for couple discussion

Penting untuk kedua-dua bakal pasangan faham tentang tahap kewangan sendiri dan buat perbelanjaan persiapan majlis perkahwinan mengikut kemampuan.

Perlu bersama-sama fikir dan pikul beban untuk majlis perkahwinan sendiri.

Jangan diharapkan kepada sebelah pihak sahaja.

Apa-apa yang boleh dikongsi kosnya, berkongsilah.

Bincangkan juga tentang jumlah wang hantaran kahwin dan juga barang-barang hantaran,yang penting jangan sampai membazir dan membebankan.

Jangan demand yang bukan-bukan, kasihan nanti bakal pasangan nak sediakan semuanya.

Kata nak sehidup semati till jannah, jadi perlulah lepasi cabaran persiapan majlis perkahwinan ini terlebih dahulu.

Pesan pada bakal pasangan, majlis kahwin sehari dua sahaja, tak perlu nak habiskan banyak duit.

Nanti, lagi banyak duit diperlukan untuk teruskan kehidupan selepas berkahwin.

Tips #3 – Berterus-terang dengan ahli keluarga

Bakal pasangan dah bersepakat untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana mengikut kemampuan masing-masing, tetapi apabila dikhabarkan kepada ahli keluarga terdekat, mereka meminta lebih lagi.

Image result for family discussion

Alasan biasa, takut malu dengan jiran tetangga, rakan taulan dan saudara mara lain sebab majlis ringkas dan sederhana.

Inilah dilema ramai bakal pasangan pengantin sekarang.

Nak diikut kehendak sendiri, tak memenuhi kehendak keluarga.

Nak diikut kehendak keluarga, tak sepadan pula dengan kemampuan sendiri.

Antara penyelesaiannya, berterus-teranglah dengan ahli keluarga tentang kemampuan kewangan sendiri.

Tunjukkan jumlah duit simpanan yang mampu diperuntukkan untuk majlis kahwin.

Berbincang baik-baik dengan ahli keluarga tentang persiapan majlis perkahwinan supaya sesuai dengan kemampuan.

Di sinilah pentingnya sikap toleransi dengan kehendak ahli keluarga, dan pada masa sama tegas dengan had kemampuan sendiri.

Kalau tak berjaya juga, boleh dapatkan bantuan orang berpengaruh ke atas keluarga anda, contohnya tok imam, tuan guru, pakcik, makcik atau sesiapa sahaja.

InsyaAllah, ahli keluarga akan dapat memahami.

Untung-untung, mereka turut sama-sama menghulurkan duit untuk menanggung kos majlis kahwin nanti.

Tips #4 – Tanya orang berpengalaman

Apabila merancang persiapan majlis perkahwinan, kalau boleh jangan syok sendiri.

Takut nanti banyak perancangan yang dibuat tidak menjadi atau menyebabkan pembaziran.

Dapatkan nasihat dan pandangan daripada ahli keluarga dan saudara mara, tapi jangan sampai terikut-ikut kehendak mereka sehingga membebankan diri.

Ahli keluarga boleh memberi nasihat tentang jumlah tetamu yang patut dijemput, lokasi majlis, menu makanan kenduri yang sesuai dan juga jumlah barang-barang hantaran.

Tanya juga rakan-rakan yang baru melangsungkan perkahwinan, dapatkan pengalaman mereka menguruskan majlis mereka.

Tanya mereka perkara-perkara yang perlu dibuat dan dielakkan dalam persediaan majlis perkahwinan.

Dapatkan juga contoh bajet dan kos yang mereka keluarkan sebagai panduan untuk bajet anda pula.

Boleh juga dapatkan maklumat daripada laman-laman web dan blog-blog yang banyak memberi panduan berkenaan persiapan majlis perkahwinan.

Antaranya Pesona PengantiniKahwin dan Kahwin Mall.Baca juga:  6 Langkah Kawal Belanja Supaya Lebih Terurus

Tips #5 – Buat bajet dan cuba patuhinya

Selepas puas berfikir, berbincang dan mendapatkan maklumat, sekarang boleh sediakan bajet majlis perkahwinan sendiri.

Image result for couple budget discussion

Senaraikan semua perkara yang diperlukan berserta anggaran kos.

Buat column kos anggaran dan sebenar untuk memudahkan pemantauan, contohnya seperti ini:

kurangkan bajet majlis perkahwinan

Patuhi bajet yang dibuat ini, dan pastikan kos sebenar tidak jauh beza dengan kos anggaran.

Setiap kali keluarkan duit untuk perbelanjaan perkara-perkara yang disenaraikan, catat dan lihat perbezaan dengan anggaran yang ditetapkan.

Dengan cara sebegini, keseluruhan bajet majlis perkahwinan anda nanti tidak akan jauh berbeza dengan kemampuan yang ditetapkan.

Tips #6 – Rajinkan diri ke ekspo perkahwinan

Kalau ada ekspo perkahwinan yang dianjurkan berdekatan dengan tempat anda, rajin-rajinkan diri untuk hadir.

Image may contain: 3 people, people standing

Senang, ramai perancang perkahwinan, penjual dan vendor berkumpul di bawah satu bumbung, jadi mudah untuk merancang persiapan majlis perkahwinan.

Boleh survey harga, boleh survey pakej-pakej yang sesuai.

Mana tahu, boleh dapat tawaran menarik pada harga berpatutan, jadi boleh jimat banyak.

Cuma, apabila berurusan di ekspo, pastikan berurusan dengan penjual atau vendor yang betul-betul wujud dan ada kedai atau butik sendiri.

Kalau buat apa-apa bayaran, pastikan ada resit bayaran yang sah dan lebih baik lagi jika ada perjanjian bertulis.

Bukan apa, sebab ada juga terdengar ramai bakal pengantin tertipu apabila berurusan di ekspo perkahwinan.

Tawaran yang diberikan memang menarik, tetapi rupa-rupanya penjual menipu.

Jadi, hati-hati apabila berurusan di ekspo perkahwinan.

Tips #7 – Perbanyakkan D.I.Y.

Kalau nak kawal dan jimat kos majlis perkahwinan, perbanyakkan Do-It-Yourself (D.I.Y.)

Contohnya, boleh gubah barang hantaran kahwin sendiri, jadi tak perlu upah orang lain untuk gubah.

Kalau pandai menjahit, boleh jahit sendiri baju pengantin.

Kalau pandai graphic design, boleh buat sendiri kad jemputan kahwin.

Boleh buat kek sendiri sebagai kek pengantin, atau pun buat tart atau kuih-muih untuk dijadikan goodies kepada tetamu.

Boleh juga buat aiskrim Malaysia untuk diberikan kepada tetamu kanak-kanak nanti.

Gunakan kreativiti untuk buat dekorasi pada majlis perkahwinan nanti, contohnya gunakan belon, kain renda atau pun barang-barang terpakai.

Ini contoh majlis perkahwinan yang banyak gunakan elemen D.I.Y., memang boleh jimat banyak:

Tetapi, harus diingat, jangan pula nanti nak buat semua sendiri sahaja.

Nanti, penat pula, dah tak berseri muka nanti pada hari perkahwinan.

Dapatkan juga bantuan daripada hali keluaga dan juga kawan-kawan yang sudi membantu.

Hari majlis anda, orang lain yang tolong, nanti apabila majlis orang lain pula, jangan lupa untuk balas budi ya.

Tips #8 – Gabungkan majlis

Kalau pengantin lelaki dan perempuan tinggal berdekatan, boleh bincang dengan ahli keluarga untuk gabungkan majlis dan buat satu sahaja.

Bukan itu sahaja, kalau ada adik-beradik yang turut sama nak berkahwin dalam masa terdekat, boleh turut bergabung sekali.

Memang banyak boleh jimat, malah boleh buat lebih meriah dengan bajet lebih rendah.

Tips #8 – Gabungkan majlis

Image result for pengantin dan ibu bapa

Kalau pengantin lelaki dan perempuan tinggal berdekatan, boleh bincang dengan ahli keluarga untuk gabungkan majlis dan buat satu sahaja.

Bukan itu sahaja, kalau ada adik-beradik yang turut sama nak berkahwin dalam masa terdekat, boleh turut bergabung sekali.

Memang banyak boleh jimat, malah boleh buat lebih meriah dengan bajet lebih rendah.

Tips #9 – Sertai kahwin ramai-ramai

Di sesetengah negeri, terdapat agensi yang menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai.

Jadi, tidak salah untuk turut sama menyertainya.

Boleh jimat belanja kos majlis perkahwinan, malah berpeluang untuk mendapat bantuan atau hadiah daripada penganjur lagi.

Lepas dah selesai majlis perkahwinan beramai-ramai, boleh sahaja buat majlis yang sederhana untuk meraikanmereka yang tidak dapat hadir pada majlis sebelumnya.

Penutup

Dalam Islam, adalah digalakkan untuk mengadakan kenduri atau majlis perkahwinan untuk menghebahkan perkahwinan yang dilangsungkan.

Malah, majlis perkahwinan juga merupakan peluang untuk mengzahirkan rasa kesyukuran dan berkongsi rezeki dengan menjamu tetamu yang hadir.

Jadi, amat rugilah jika majlis yang baik ini dicemari dengan pembaziran serta perasaan riak dan menunjuk-nunjuk.

Oleh itu, amat baiklah untuk memastikan majlis perkahwinan yang dibuat nanti tidak membebankan bakal pengantin dan juga ahli keluarga.

Semoga anda semua mendapat manfaat daripada perkongsian kali ini.

p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.

sumber:jomurusduit.com

7 persediaan menjelang hari perkahwinan

  1. Pilih tarikh
Image result for calendar

Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, perkara utama yang perlu difikirkan ialah tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. Kebanyakannya pasangan lebih gemar memilih tarikh yang mudah diingati, tetapi mereka sering melupakan tentang perayaan yang hampir dengan tarikh perkahwinan mereka.

Memilih tarikh ketika musim perayaan akan menyebabkan harga barangan menjadi mahal kerana permintaan yang tinggi. Jadi, para peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati. Nak tak nak kita terpaksa beli tetapi satu langkah pembelian yang tidak bijak. Barangan yang paling ketara sekali mahal jika musim perayaan ialah makanan seperti ayam, daging.

Selain musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi kegemaran pasangan untuk memilih tarikh perkahwinan. Hal ini untuk memudahkan saudara mara, rakan dan taulan datang ke majlis mereka. Jika semua pasangan beranggapan begini, maka akan ramailah yang kahwin semasa cuti persekolahan.

Kesannya, akan berlaku peningkatan harga terutama dari segi upah mak andam dan sebagainya.

Seperkara lagi, jangan nak tarikh yang fancy-fancy sangat. Tidak perlu ikutkan kehendak sendiri. Lebih baik tanya ibu-bapa, hormati tarikh apa yang mereka mahu.

2. Kursus kahwin

Kursus kahwin adalah perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum pasangan akad nikah dan sah menjadi suami isteri. Kursus kahwin penting kerana secara kasar setiap pasangan akan mengetahui dan memahami tanggungjawab isteri kepada suami begitu juga sebaliknya. Untuk membina rumah tangga yang bahagia bukan semudah memakan kacang, bukak dan telah, tetapi perlukan ilmu asas dan pengetahuan yang 80% akan diterina semasa kursus ini.

Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan tetapi mereka belum mengambil kursus itu, mereka perlulah mengambil kursus tersebut seelok-eloknya tiga bulan sebelum berlangsungnya majlis. Jika dia telah mengambil kursus itu 2 atau 3 tahun yang lepas, kalau boleh, anda perbahuruilah semula kursus anda supaya pengetahuan berkaitan perkahwinan akan lebih segar dalam ingatan.

3. Buat tempahan dewan, katering & lain2

Image result for katering perkahwinan

Majlis yang berseri-seri dengan kehadiran ramai saudara mara dan rakan taulan, beserta makanan yang lazat adalah diidamkan setiap pasangan pengantin ditambah pula dengan keanggunan wajah dan baju pengantin yang cantik dipakai oleh mempelai adalah impian setiap pasangan. Masalah-masalah yanag berkaitan dewan, juru solek, juru gambar, katering yang datang saat-saat terakhir sangat ditakuti oleh pasangan dan juga keluarga mempelai.

Jadi sebelum ini terjadi, setiap pasangan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan persediaan awal. Dewan perkara utama perlu ditempah selepas mendapat tarikh perkahwinan yang muktamad. Pastikan anda menempah dewan enam bulan awal sekiranya majlis itu di sambut di kawasan bandar. Hal ini untuk mengelakkan harga dewan menjadi mahal sekiranya anda membuat tempahan di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Semasa membuat tempahan, pastikan anda telah mengetahui anggaran jumlah tetamu yang dijemput supaya pihak dewan boleh membuat perkiraan dan semuanya dapat diuruskan dengan lancar.

4. Tempah jurunikah & andaman

Image result for nikah

Perkara ini juga tidak kurang pentingnya. Bagaimana hendak nikah jika tiada juru nikah? Bagi yang ada bapa dan boleh menikahkan anak tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang tiada, perlulah mengambil khidmat juru nikah. Juru nikah juga perlu diberitahu awal supaya jadualnya tidak bertindih dengan pasangan yang lain. Begitu juga dengan andaman. Pasangan dinasihatkan supaya memilih dan menempah butik andaman yang mereka minati enam bulan awal.

Pilihan untuk membuat tempahan perlu dikecilkan sedikit supaya anda tidak rambang mata dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Tanya kepada keluarga atau kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat andaman yang ingin anda pilih. Jika layanan dan perkhidmatan yang diberikan sangat bagus, anda boleh memilih butik tersebut. Dalam membuat pilihan tema dan warna semasa majlis, anda perlu mementingkan pakej-pakej yang ditawarkan berbanding perkhidmatan secara berasingan.

Hal ini kerana, perkhidmatan secara berasingan dikatakan lebih mahal berbanding pakej yang disediakan. Kenalpasti tema pelamin yang anda inginkan terlebih dahulu. Jika sudah ada yang berkenan, barulah berbincang dengan pereka pelamin. Jangan mengambil masa yang lama untuk memikirkan tema kerana masa akan terbuang begitu sahaja.

5. Tempah kad jemputan

Image result for kad jemputan


Setelah tarikh dan tempat untuk melangsungkan persandingan telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah menempah kad jemputan. Sebelum menempah, pastikan anda telah memilih tempat untuk membuat dan mencetak kad jemputan. Anda perlulah rajin untuk membuat pemilihan melalui internet tentang tema-tema terbaru dan terkini. Pastikan kad kahwin yang akan dibuat nanti tidak terlalu mahal, cukuplah ringkas dan yang penting maklumat di dalamnya boleh dibaca.

Antara isi kandungan kad jemputan yang perlu diletakkan ialah nama pengantin dan keluarga berserta nombor telefon supaya mudah tetamu hubungi. Alamat rumah jika bersanding di rumah, tetapi kalau di dewan atau hotel, perlu memberitahu alamat dan peta. Rekaan peta tempat majlis persandingan juga perlulah jelas dan mudah difahami. Selain itu, selitkan juga waktu jamuan makan dan persandingan. Bagi umat Islam, kad jemputan selalunya ada tertera doa untuk pasangan pengantin. Lagi baik jika anda turut meletaknya. Keberkatan dan doa semua tetamu sangat penting bagi kesejahteraan pengantin.

6. Ujian HIV

Image result for jarum suntikan

Ujian saringan HIV perlu dilakukan sebelum pasangan mendirikan rumah tangga. Ujian ini penting dibuat untuk mengelakkan berlaku jangkitan kepada pasangan sekiranya terbukti pasangan itu pembawa HIV. Hal ini akan menjadi teruk dan parah lagi, jika anda tidak buat ujian saringan ini, dan pasangan pula pembawa HIV, ditakuti anak yang akan lahir turut mendapat HIV. Sebelum keadaan menjadi parah lebih baik kita cegah dahulu daripada terlambat. Mudah sahaja untuk melakukan ujian ini.

Jadi setiap pasangan perlu ke klinik kerajaan yang berdekatan, tanpa perlu temu janji kerana prosedur saringan ini ambil masa sekejap sahaja. Semasa di klinik, anda akan diberi borang untuk diisi, kemudian jari anda akan dicucuk untuk mendapat sampel darah. Setelah itu keputusan ujian akan diberitahu tanpa tunggu lama. Jadi jika ujian saringan ini membuktikan anda dan pasangan bebas dari jangkitan HIV, anda berdua boleh tersenyum panjang tanda bahagia.

7. Dokumen & borang perkahwinan

Image result for borang nikah johor

Bagi setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, perkara asas yang perlu dilakukan juga adalah mengisi borang-borang penting dan di hantar di Pejabat Agama sebelum bernikah. Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang, borang saksi, dan ada lagi beberapa boring lain bergantung kepada status diri pasangan. Maklumat borang boleh rujuk di sini.

Setelah semua borang dan maklumat yang diperlukan siap, dokumen tersebut perlulah dihantar ke bahagian Undang-undang Syariah Jabatan Agama. Semasa di sana nanti pasangan akan melalui sedikit sesi temu bual berkaitan tanggungjawab suami kepada isteri, dan tanggungjawab isteri kepada suami bersama pegawai agama. Cara ini selalu diamalkan di negeri Johor Bahru. Setiap negeri berbeza prosedur yang dikendalikan oleh Jabatan Agama tetapi sama dari segi keperluan yang asas dan wajib.

AKHIR KATA

Dalam melayari alam perkahwinan, setiap pasangan akan melalui pelbagai ujian dalam hidup. Jadi perlu diingatkan, kahwin bukan semudah yang disangka. Jika masih kurang ilmu di dada, perlu dalami lagi dan perlu bersedia fizikal dan mental.

Prosedur perkahwinan juga dikatakan semakin rumit. Hal ini kerana, sudah terlalu banyak kes kahwin lari, kahwin tanpa persetujuan perkahwinan, perkahwinan tidak berasaskan Islam dan banyak lagi. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi, prosedur yang teliti perlu dilakukan supaya tidak mendapat kesusahan di kemudian hari. Semoga artikel persediaan sebelum kahwin ini dapat memberikan manfaat.

Wallahualam.

Sumber: Sirap Limau